Selasa, 1 Januari 2013

Chapter-4 part yang ke-dua!!

Part2

Pada suatu hari seperti hari-hari yang biasa,tetiba cikgu Z datang ke kelas ku dan mencari aku,pada mulanya memang la aku pelik kerana aku tiada buat hal pun dan dia pun mengatakan bahawa aku t'pilih untuk wakil daerah untuk pertandingan tinju.OMG!!! jangn main-main weyh,peringkat daerah tu dan cikgu suruh aku untuk turunkan berat badan hingga 49kg!.Seriusly?? berat aku time tu 55kg time tu so kena turun kan sebanyak 6kg dalam masa seminggu amat la susah..setiap petang aku kena jogging,malam aku tidak makan,pagi just sepinggan nasi dan sedikit lauk tu saja.Tiba la masa pertandingan dan berat badan ku hanya turun 3kg saja so aku kena lawan orang yang sama berat.first round terus aku kalah kerana? hidung berdarah.haisshhh!!! tapi lawan aku pun teruk juga la kena.

Setelah pertandingan itu mula la PMR..aku belajar gila-gila dengan cikgu,abang,akak,kawan untuk masa depan aku.seminggu PMR kami semua naik gila kerana dengan soalan yang macam cibai pehh memang susah tetapi kami semua melalui bersama-sama itu la function kawan btw sorry menyumpah tadi.Selepas PMR cuma satu perkara yang kami boleh buat iaitu jeritan kebebasan buat sementara ''YEAH!!!!!!!'' dan ada yang main tepung..aku just balik rumah duduk diam-diam sambil menunggu keputusan.

Cuti sekolah ku amat la membosan kan kerana abang aku iaitu cikgu juga teman lelaki rakan ku earina,mengajar aku fizik,kimia,bio...haishh susah la jugak but best then akak aku pula ajar add math~ hampir gila aku belajar semua itu but demi masa depan aku kena faham-kan juga.

Tiba la time keputusan PMR..aku datang paling last kerana aku lepak dengan abng so memang lembab la~ datang-datang je semua dah ambk so aku tidak tahu keputusan rakan-rakan aku.6B 2C itu la keputusan PMR aku tidak la memuaskan tetapi boleh tahan la~ sekurang-kurang nya tiada D atau E.Time tu aku happy sesangat kerana Math aku B! tidak sangka weyh! thanks abng!

sambung...form 4

Isnin, 31 Disember 2012

Chapter-4 form3~

2012

Hahahax..pejam celik,pejam celik sudah form3 serius aku cakap..CEPAT GILER MASA BERLALU!!!!
aku makin tua...tanggungjawab makin banyak..first time masuk sekolah semua muka baik,mood nak belajar but! bila sampai pertengahan tahun? semua sudah malas..kerja sekolah tidak siap,tertinggal kat rumah la~...haishh alasan!..tapi aku pun sama juga dengan kamu semua kalau nak cakap aku ni lain memang bohong la kan?.Aku memulakan hari pertama aku sebagai form3 dengan b'baju Maroon so maka bermula la kisah ini.

Tahun ini agak berbeza dengan tahun yang lain..kerana kami semua form3 akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR..kalau itu pun koorang tidak tahu.parah la hidup,hahax~)..form3 ini aku lebih banyak meluang masa dengan rakan,teman wanita dan abang aku (sebenarnya cikgu aku) juga latihan tinju.Haih..mengeluh saja yang aku mampu.Btw tahun ini aku still kelas yang kedua DAN! still t'sekat b'sama Earina hampir naik bosan aku melihat muka dia.

Sorry but aku kena terus skip cerita.Pertengahan tahun aku amat la membosan kan kerana hampir 24/7 aku kene belajar hahax dengan sejarah aku langsung tidak faham kerana aku selalu tertidur time sejarah kerana suara cikgu aku mendodoi kan aku untuk tidur..serius! bukan nak tipu but memang real oh ya lupa time form3 ini la baru aku mula belajar math amat la susah kerana aku tidak pernah belajar math time form1 dan form2.tetapi dengan azam yang kuat,aku belajar giler2(haih..boleh ke belajar gila2? ayat aku ni teruk betulla).

Semuanya berjalan seperti hari-hari persekolahan yang biasa sehingga la rakan ku jealous dengan aku kerana? aku banyak sesangat layan perempuan so mungkin boleh dikatakan aku ni 'Playboy la' well..dah nak buat macam mana? playboy tu sudah ada dalam darah daging aku~ Ayah time remaja memang playboy manakala Ibu pula pun sama juga Playgirl.Rakan ku ini jealous dengan aku,time rehat dia mengajak untuk fight dengan aku,aku tidak mahu fight ni~ but untuk mempertahan kan diri aku,aku pun fight la dengan dia..Nak dikatakan cerita,aku menang then hampir setiap hari lepas rehat semua orang nak fight dengan aku but aku menolak coz malas~.

sambung part2

Sabtu, 29 Disember 2012

Chapter-3 part2..

Part2

Well,setelah aku memasuki kelab koperasi dengan rasmi nya aku pun menjadi salah seorang yang memakai baju maroon..jadi setiap rehat aku akan turun 10 minit awal dan masuk kelas 10 minit lambat hahax alasan aku masuk kelas lambat ialah ''sorry cikgu tadi kena kira modal then susun barang lagi'' itu la alasan aku dengan aminy.

Pada pertengahan tahun,aku terpilih untuk pergi ke kem 3hari 2malam...3hari 2malam macam tajuk citer dekat tv9 jer? hahax btw ianya amat la seronok! pelbagai aktiviti dekat kem tersebut tetapi aktiviti yang paling ku ingat ialah 'Nite walker' itu la satu-satu nya aktiviti yang paling menakutkan..sehingga sekarang aku takut malam.

Pada mula nya aktiviti tersebut aku tidak sedar kerana tertido bila aku bangun saja semua rakan-rakan sekolah ku sudah tiada time tu nak cakap tidak takut tu tipu la memang aku takut then aku jumpa sekumpulan pakcik teksi then mereka suruh pulang ke kem ikut laluan tadi so first aku jumpa orang giler kemudian aku kene masuk kubur dimana nak masok kena baca Al-fatihah then masa itu la aku lupa surah Al-fatihah!!..Time tu takut sesangt sampai lupa tapi aku redah semuanya sampai la aku terjumpa perempuan nangis kt tpi jlan,serius aku ckp aku tak boleh dengar..dah dekat jer tetibe ada orang sergah aku menjerit aku pulse mencarut.But time tu aku jumpa something kt atas pokok sampai sekarang aku tak sure coz aku tanya kawan-kawan aku diaorang tak nampak.

Setelah habis kem tu keesokan hari nya..hari jumaat~ then serius aku cakap,macam sebulan aku pergi kem tu padahal aku cuma pergi 3hari saja but dalam masa 3hari tu pelbagai perkara berlaku..pengetua ajar math,tempat duduk sudah berubah juga rakan-rakan ku pun duduk diam saja juga kami mempunyai rakan kelas baru but fikirkan balik itu budak tu sama sekolah time sekolah rendah boleh dikatakan jumpa rakan lama la~..Serius aku takut tengok mereka.Isnin semuanya kembali kepada asal~

Masa berlalu dengan amat pantas maka tiba la bulan 10 dimana hari jadi seorang insan dalam kelas kami,seingat aku time tu jumaat.For the first time aku main tepung dan last sekali aku jugak yang kene sapu semua kotoran itu dengan tepung,telur lagi seriusly kalau ada pisang agak-agak cukup buat cekodok pisang untuk 2buah kelas hahax..Time aku form2 amat la seronok dimana aku pernah couple untuk masa sehari bersama Dina then aku menang pertandingan tinju~ itu pun mungkin nasib kerana lawan aku banyak pusing badan dan tumbuk curik..
Sampai disini saja Form2 Hahax...sambung Chapter-4 form3!!

Khamis, 27 Disember 2012

Chapter-3 Form2~ ^_^

Tahun 2011

Tingkatan dua,dengar saja ayat tingkatan dua ni,sudah boleh bayang kan personaliti seseorang remaja.Bagi seorang remaja lelaki,ketinggian dia sudah bertambah,mulanya tumbuh misai dan janggut dan yang paling dibenci oleh ramai remaja ialah JERAWAT! jerawat ini la yang membuat kan muka kita tidak nampak kacak! or cantik.Manakala bagi seorang remaja perempuan...saya tidak tahu la coz saya ni lelaki bukan perempuan.

Personaliti aku time form tu agak boleh tahan la~ muka tidak berjerawat,misai? agak lebat la jugak sampai boleh dikatakan ayah yang mempunyai seorang anak hahax by the way aku memakai baju putih tahun lepas,ianya agak kecik but itu la style remaja sekolah menengah.Semuanya nak kecik,seluar kecik,baju kecik...haih~ aku tidak faham dengan diaorang ini.Tapi seluar aku agak besar tahun ini,aku ingt lagi saiz nya 34..pinggang aku just 30 jer aku pun tidak tahu kenapa ibu membeli seluar bersaiz 34?.

Tahun ini aku agak bijak sedikit kerana aku memasuki kelas yang ke-2 dari 6 buah kelas.Hahax aku bijak~ itu pun mungkin nasib?.Kali ini rakan kelas aku sakai dan giler but aku suka mereka..rakan itu la benda la paling penting time remaja bukan?.Aku still tersekat dengan Earina dan Raziq dari aku darjah lima sampai sekarang (3tahun) haih~ boring giler! asyik jumpa muka diaorang saja.Aku melalui hari-hari dekat sekolah itu seperti biasa..belajar,borak,main kad then rehat pastu belajar lagi then balik..ianya agak membosankan.

Sehingga suatu hari dimana cikgu Suzan datang ke kelas kami dan mula berkata ''hey hey koorang! siapa nak jadi ahli koperasi (koop)? setiap rehat turun 10minit awal dari murid biasa dan masok kelas 10minit lewat,juga ada gaji klau bertugas''.Pada mula nya aku memang tak nak masuk kelab koop tu tetapi kerana ada duit gaji aku pun memasuki kelab tersebut.Time tu aku sorang saja lelaki yang ingin masuk kelab tersebut tetapi bila sudah sampai ke koop rupa-rupa nya ada lagi dua rakan ku dari kelas-1,Chin dan Fend.
dan last sekali rakan ku Aminy pun sampai..Then dia kene tegur dengan cikgu Suzan ''Hai Aminy tadi aku ajak masuk kau taknak!'' aku kt belakang aminy tu gelak je hahax...

sambung..

Chapter-2 Form 1!?!?

Tahun 2010

   Haih..~ Aku masih ingat lagi time aku form 1,still kebudak-budakkan.Yela budak bru nak matang ada la sedikit sakai..yup aku mengaku aku sedikit sakai coz berkawan dengan budak sakai so terkena la tempias.Tapi rasa-rasa nya baru macam semalam aku form1 hahax..time tu ramai kawan baru aku kenal pulse dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu,aku kenal Earina awek paling hot time sekolah rendah,aku kenal Raziq,Liyana,Kuben,Syaza and ramaii lagi.

Aku kelas yang ketiga..nak cakap pandai tidak,nak cakap kurang bijak pun tidak..just biasa-biasa sahaja.Sekolah Menengah Kebangsaan Taman ****** itu la sekolah aku..tidak jauh dari rumah ku just boleh la dikatakan 1.5kilometer jauh nya kot?? sekolah tu takda la besaq sangat tapi disebabkan aku kecik time tu so boleh la~ ada ICTL,kantin~ itu mesti la ada..klau tidak ada macam mana nak makan tengah hari?! but satu sahaja yang tidak ada...iaitu padang! padang takda! macam mana kami nak main bola?! itu bagi mereka yang minat main bola la.Aku ni tak minat nak main bola coz boring.

Then ada koperasi (koop) dimana pelajar memakai baju Maroon~ koop boleh dikatakan tempat dimana palajar akan lepak semasa rehat coz kat kantin kami tak ada jual makanan ringan ni...JAP!!! haih..aku nie selalu tukar topic tetibe..sapa yang nak tahu pasal sekolah aku...okey! well time form1 tu amat la susah lagi-lagi mata pelajaran math pehh..aku time form1 langsung tidak belajar math! amat la membosankan juga amat pelik kerana tak pernah belajar...oh ye lupa nak cakap lagi juga BM cikgu yang amat garang dan bajet still remaja.cikgu bm ku amat dibenci ramai kerana benda yang dikenakan amat memalukan diri..

Tetapi kini aku amat merindui dia..tidak tahu kenapa tapi aku rindu dia mengajar kami.Tapi kenapa denda yang diberi kepada ku amat la berat sesangat la berat dan memalukan contoh: Jalan itik sekeliling sekolah...sungguh memalukan time tu..

Well time aku form1 tidak la seronok sangat asyik kene denda saja..juga masa aku form1 baru la aku tahu apa means ''main tepung''.So untuk keselamatan anda yang baru hendak memasuki form1 jangan la sesekali bagi tahu bila tarikh hari jadi anda..kerana anda akan mandi tepung bila hendak balik ke sekolah~.

Oh ye..lupa nak citer 'first date' date pertama aku dengan Earina..agak syok la masa tu coz dapat date dengan perempuan hot~ (dekat sekolah rendh je dulu) hahax...btw Nasi lemak cik N amat la sedap~ setiap pukul 10:30 je,aroma ayam goreng akan memasuki dan memenuhi seluruh sekolah hahax takda la seluruh sekolah! but boleh la hampir satu block~ well sampai disini sahaja Form1 aku~


sambung Chapter-2 Form2!!!


Rabu, 26 Disember 2012

Chapter-1 After Upsr!


Tahun2009

YEAH!!!!!!!!~ itu lah jeritan kanak2 yang baru dapat keputusan UPSR tapi malang nya jeritan ku tidak termasuk sekali.1A 4B itu la keputusan UPSR ku,ianya bukan la keputusan yang amat bagus juga bukan la keputusan yang amat teruk just biase-biase jer.Kebanyakan rakan-rakan ku dapat mencapai target meraka..hampir setiap mereka straight A but aku tak kesah sangat tentang meraka yela mereka budak bijak pandai lagi pun aku mana ada kawan yang sentiasa b'sama ku,ada pun Azmie&Aqil itu la bestie aku.

   Aku duduk keseorangan sambil memerhati kan suasana ada yang happy,sedih,nangis,ketawa terlalu banyak emosi dalam dewan so aku mengambil keputusan untuk keluar dari dewan dan duduk di kaki lima sekolah kebanyak kan ibu bapa rakan ku datang untuk melihat keputusan anak masing-masing tetapi ibu dan ayah tidak hadir kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab mereka.Oh lupa nak cakap ayah ku berkerja sebagai 'perniaga' manakala ibu cuma suri rumah yang sibuk menjaga adik kembar ku.

  Dalam keadaan seorang diri cuma satu perkara yang bermain didalam minda ku''yeah UPSR dah habis..kini cuma tinggal PMR dan SPM kemudian Ujian Dunia,apa yang aku pasti dalam dunia ini semua orang mesti melalui ujian.Jap-jap!! tunggu sat periksa dah habis kan so? perlu ke cerita pasal ''UJIAN" lagi??''haih..okey,sambung balik setelah dapat keputusan aku pun terus pulang ke rumah dan menunjukkan keputusan ku kepada kedua-dua ibu&bapa ku.Respon ibu ku ''Alhamdulillah~ sekurang-kurangnya tiada C'' but respon ayah ''1A jer?? semua B haih kamu nie teruk la''.Seperti biasa respon ayah memang teruk tetapi aku dah terbiasa dngan respon ayah then ibu cakap ''Tahun depan kamu nak masok sekolah mana?''.

Aku pun menjawab "sekolah sini jela..nanti senang,malas nak pergi jauh-jauh susah la'' padahal semua itu hanya alasan dan sebenarnya aku tak nak masuk sekolah asrama,ibu menjawab ''okey kalau macam tu kamu nak'' setelah mendengar apa yang dikatakan oleh ibu cuma satu perkataan yang boleh menunjukkan perasaan lega ku "YES!!!!! OH YEAH!!''.

sambung..